Thursday, December 10, 2009

Kisah Kura-kura dan Arnab

Masih ingatkah kisah kura-kura yang berlumba dengan arnab. Satu kisah teladan yang diceritakan kepada kita semua sejak zaman kecil berkisahkan perlumbaan marathon antara kura-kura dan arnab dimana jika dilihat fizikal kura-kura sendiri ia bergerak dengan perlahan manakala si arnab mempunyai kekuatan untuk lari laju. Akibat terlalu leka dan yakin diri akan menang si arnab tidak menghabiskan perlumbaan tetapi berehat dan tertidur sebelum garis penamat.
Akibatnya kura-kura tadi dapat memintas si arnab yang sedang tidur. Maka si arnab menyesal tidak sudah kerana dia kalah kerana alpa dengan kekuatan diri sendiri. Manakala si kura-kura mempunyai jiwa yang rendah diri tetapi tidak mudah mengaku kalah walaupun pada permulaannya jika dilihat daripada struktur fizikal adalah mustahil untuk kura-kura memenangi perlumbaan ini.
Masa telah berlalu, kini kita hidup dengan perlumbaan mengejar kejayaan. Kita sekarang perlu mempunyai pemahaman baru dengan kisah perlumbaan kura-kura dengan arnab. Apa yang dimaksudkan adalah kita perlu mempunyai fizikal dan kekuatan seperti arnab dan pada masa yang sama mempunyai jiwa seperti kura-kura. Perlumbaan mengejar kejayaan bukan hanya mengharap pihak lawan sentiasa lemah bagi membolehkan kita menang. Kita perlu mempunyai persediaan minda dimana kita menang dengan kekuatan diri sendiri.